Jabatan Meteorologi Malaysia (MET malaysia) pada jam petang ini mengeluarkan amaran ribut petir dan hujan lebat di beberapa kawasan melibatakan negeri-negeri semenanjung Malaysia dan Sabah, Sarawak.
Negeri yang terlibat sehingga jam 11.oo malam ini, 8 Februari adalah Perak ( Kerian, Larut, Matang dan Selama, Hulu Perak, Kuala Kangsar dan Kinta) dan Kelantan.
Ia turut melanda di beberapa negeri lain di Semenanjung seperti Terengganu (Besut, Setiu, Kuala Nerus, Hulu Terengganu, Kuala Terengganu dan Marang). Kawasan yang terlibat bagi negeri Pahang pula adalah di Tanah Tinggi Cameron, Lipis dan juga Jerantut.
Manakala di Negeri Sarawak pula kawasan yang terlibat Sri Aman, Betong, Sarikei, Sibu, Mukah, Kapit (Song), Bintulu, (Subis, Beluru, Miri dan Marudi) dan Limbang. Di Sabah kawasan pedalaman (Sipitan dan Tambunan), Pantai Barat (Ranau), Sandakan (Tongod,Telupid, Kinabatangan, dan Beluran) dan Kudat (Kota Marudu dan Pitas).
Sumber: MET Malaysia