
Jadi Teman Zaman Kanak-kanak, Pelakon Ultraman Jack Meninggal Dunia
Pelakon Jepun, Jiro Dan yang dikenali dengan membawa watak Ultraman meninggal dunia pada usia 74 tahun akibat kanser paru-paru, lapor Vietnam Post.
Berdasarkan laporan Hochi News pada 24 Mac, berita kematian pelakon tersebut dimaklumkan sendiri oleh syarikat pengurusannya.
Jiro Dan meninggal dunia pada pagi 22 Mac lalu selepas bertarung dengan kanser yang dihidapinya sejak sekian lama. Pengebumian Jiro akan diadakan secara tertutup dan dihadiri kaum keluarga dan rakan terdekat.
Wakil Jiro Dan turut mendedahkan bahawa pelakon itu disahkan menghidap kanser sejak 2017 yang lalu. Dalam tempoh berkenaan, mendiang turut mendapatkan rawatan dan sering positif mengenai hidupnya.
Walaupun menghidapi penyakit yang boleh membawa maut, perwatakan Jiro masih sama seperti dulu iaitu seorang yang suka berjenaka. Namun begitu, keadaan kesihatannya menyusut menjelang bulan-bulan akhir pemergiannya.
Berita Ultraman Jack meninggal dunia diratapi peminat Asia
Berita kematian Jiro Dan kemudian menjadi tular dan mendapat perhatian warga maya, khususnya di Asia. Rata-rata bersedih dengan berita itu memandangkan Jiro Dan merupakan sebahagian daripada memori zaman kanak-kanak mereka.

Jiro mula mendapat nama selepas terlibat dalam siri pertama iaitu The Return of Ultraman sebagai Hideki Go atau Ultraman Jack. Siri filem yang diterbitkan oleh Tsuburaya Productions itu telah ditayangkan pada tahun 1971.
Jiro Dan juga pernah terlibat dalam filem Ultraman yang lain, antaranya adalah Ultraman Zearth 2, Ultraman Mebius & Ultraman Brothers, Superior Ultraman 8 Brothers, Ultraman Taro dan Ultraman Leo.
BACA: Patutnya Kena Bayar RM22.40, Sekali Kat Kaunter Cashier Minta RM8 Ja
Pada masa mudanya, Jiro Dan adalah idola bagi sebilangan besar penonton muda dan cilik. Pelakon itu juga pernah menarik perhatian selepas terlibat dalam iklan kosmetik untuk lelaki.
Terdahulu, seorang bintang filem barat yang popular dalam siri John Wick juga dilaporkan meninggal dunia.
Pelakon Lance Reddick menghembuskan nafas terakhirnya ketika berumur 60 tahun secara ‘tiba-tiba’ pada pagi Jumaat 17 Mac lalu.
Perkara itu dimaklumkan oleh jurucakapnya Mia Hansen dalam satu kenyataan dengan mengaitkan kematiannya sebagai kematian mengejut.
Reddick sering kali mendapat watak lelaki pendiam yang elegan dan memakai sut atau uniform sepanjang kerjaya seninya.
Beliau terkenal dengan wataknya sebagai Lt Cedric Daniels dan siri HBO popular The Wire di mana wataknya dilihat terperangkap dalam kancah politik di jabatan polis Baltimore.
Sumber: Vietnam Post English