
Jadi Sniper Siap Sarung “Ghillie Suit”, Kostum Hari Kebangsaan Peringkat Sekolah Adik Ni Curi Tumpuan Netizen
Sebagai rakyat Malaysia yang lahir dan membesar di tanah ini, semangat cinta akan negara perlu disematkan dalam diri bermula dari kecil agar semangat itu terus ‘tumbuh’ dan mekar dalam diri hingga dewasa.
Setiap kali tibanya bulan kemerdekaan, sekolah adalah antara tempat dimana sambutan ini dimeriahkan. Pelbagai aktiviti memupuk semangat kemerdekaan dalam diri pelajar sering diadakan. Selalunya, pertandingan melukis dan mewarna, bacaan puisi, kelas berhias dan juga nyanyian lagu patriotik adalah pengisian bulan kemerdekaan yang sering diadakan di peringkat sekolah.
Bak kata pepatah ‘melentur buluh biarlah dari rebungnya’ sesuai dengan situasi yang hendak digambarkan oleh kami hari ini mengenai kisah semangat patriotik yang dipamerkan oleh seorang kanak-kanak dengan pakaian beragam yang dilihat unik daripada yang lain.
Menerusi video Tik Tok yang dimuat naik oleh pengguna Wan54 2tTouring, dia kongsikan pakaian anaknya tersebut yang lengkap sebagai seorang sniper dengan berbaju samaran (camouflage). Klip rakaman tersebut telah berjaya meraih hampir satu juta tontonan dan berjaya menarik perhatian orang ramai.
Dalam pada itu, ramai yang memuji sikap dan kegigihan si ayah dalam memperagakan anaknya untuk menyambut hari kemerdekaan agar terlihat lain daripada kanak-kanak yang lain. Menerusi video klip tersebut juga, difahamkan anaknya telah berjaya mendapat tempat pertama dalam acara pakaian terbaik ketika majlis sambutan tersebut.
Rata-rata netizen memuji semangat si ayah dan kecomelan si anak dalam memperagakan pakaian yang unik serta lain dari keinginan kanak-kanak yang lain.
Umumnya, amat jarang kita dapat lihat dalam acara pakaian beragam, kanak-kanak berpakain seperti ini. Pada kebiasaannya, kanak-kanak lebih cenderung untuk memakai pakaian bertemakan bendera atau pakaian tradisional yang lain. Jom tengok apa yang netizen katakan mengenaik pakaian adik ni.



BACA: Marvel Dedah Adiwira Baru Asal Israel, Sabra, Mungkin Muncul Dalam Captain America: New World Order
Sumber: Wan54 2tTouring (Tik Tok)