Tahun 2020 kini sudah hampir ke penghujungnya, pakar keibubapaan di BabyCentre, Amerika Syarikat, telah mendedahkan mengenai nama-nama bayi yang paling popular yang diberikan oleh para ibu bapa pada tahun ini, lapor Mirror UK.
Ribuan ibu bapa dipercayai telah mengunjungi laman web ini untuk mendaftarkan pilihan nama bayi mereka dan BabyCentre telah mengumpulkan semua data 100 nama teratas bagi lelaki dan perempuan.
Mereka mendedahkan bahawa nama yang paling popular untuk bayi perempuan telah berubah untuk pertama kalinya dalam tiga tahun dengan Olivia tersingkir dari tangga pertama.
Sophia dilaporkan telah menduduki tempat pertama dengan Olivia di tempat kedua dan Amelia di tempat ketiga.
Bagi bayi lelaki pula, Muhammad sekali lagi tetap menjadi nama paling popular untuk tahun ini diikuti oleh Noah dan Oliver.
Beberapa nama baru yang tersenarai dalam 100 teratas tahun ini termasuk Ayaan, Ronnie, Rowan, Austin, Jasper, Hudson, Milo, Albert dan Ellis.
Diikuti oleh senarai untuk bayi perempuan iaitu Lyla, Nora, Eliana, Margot, Zainab, Mabel, Aisha, Anaya, Madison, Talia, Delilah dan Niamh.
Pemilihan nama-nama tersebut juga dipercayai turut dipengaruhi oleh rancangan yang disiarkan di televisyen seperti nama Arabella yang dipilih sempena nama heroin I May Destroy You.
Walaupun nama-nama baharu semakin popular namun ada satu nama yang sangat tidak disukai oleh ibu bapa iaitu Karen.
Sumber: Mirror UK