Berkait isu pengambilan dadah Nia Ramadhani dan suaminya Ardi Bakrie, Nia akhirnya menjelaskan sebab dia mengambil keputusan untuk mengambil dadah.
Hal ini telah diungkapkan Nia Ramadhani di hadapan hakim dalam perbicaraan di Pengadilan Negeri Jakarta Pusat, pada hari Khamis, 16 Disember lalu.
Mengakui bahawa, walaupun hidupnya mewah sebagai isteri kepada Ardi Bakrie namun dia sejak dahulu memikul beban yang disembunyikan selama ini.
Sejak bapanya meninggal dunia tujuh tahu yang lalu, Nia Ramadhani masih tidak boleh menerima kenyataan yang bapanya sudah tiada lagi.
Kata Nia lagi, dia berasa sangat tertekan ketika itu kerna tidak boleh bersedih untuk pemergian belahan jiwa dia itu dan perlu berpura-pura gembira.
Namun begitu, pada bulan April 2021, dia akhirnya mengambil keputusan untuk mengambil dadah kerana dia berasa sangat tertekan dan tidak mempunyai tempat untuk mengadu.
Sementara itu, ketika ditanya bagaimana reaksi anak-anaknya, Nia Ramadhani menyatakan bahawa dia dan suami terpaksa berbohong kepada mereka dengan mengatakan bahawa mereka sedang bekerja.
“Saya tidak pernah lagi lihat anak-anak mereka datang ke pusat pemulihan, cuma berkomunikasi melalui panggilan video sahaja,” kata peguam mereka, Wa Ode Nur Zainab.
Sumber: Minda Film