Hutang itu wajib dibayar. Malah ia juga menjadi salah satu kesalahan yang dilarang dalam agama jika tidak membayarnya dengan sengaja.
Ramai antara kita yang pernah mengalami kes rakan sendiri yang meminjam sejumlah wang tapi tidak dibayar.
Puas minta berkali-kali, masih tidak dilayan. Sudah berkias begitu begini, tetap dibuat tak tahu saja. Seolah-olah kita yang memberi pinjam ni pula perlu ‘melutut’ depan dia untuk tuntut hutang.
Itu belum masuk lagi hal kita dimarahi balik. Macam-macam perangai orang yang berhutang ni.
Jadi bagaimanakah caranya untuk kita menuntut hutang daripada mereka yang berhutang – khususnya rakan sendiri – melalui undang-undang?
Mari ikuti lapan langkah mudah yang dikongsikan oleh laman guaman JUMPAKATMAHKAMAH di bawah ini.
Gambar sekadar hiasan | Kredit: GoogleSukar tuntut hutang daripada rakan? Guna cara ini.
1) Darurat tidak menyebabkan seseorang terlepas daripada membayar hutang. Perjalanan kontrak berlangsung secara berterusan.
2) Bagi memudahkan tuntutan hutang semula, elakkan meminjamkan wang kepada rakan dalam jumlah yang melebihi RM5,000.
3) Ini kerana, bagi jumlah hutang yang tidak melebihi RM5,000 anda boleh membuat tuntutan sendiri di mahkamah tanpa keperluan mendapatkan khidmat peguam.
4) Apa yang anda perlu lakukan adalah memuat turun borang Writ 198. Boleh dimuat turun borang tersebut di pautan INI.
5) Lengkapkan borang dan pergi ke mahkamah majistret untuk pemfailan dan pembayaran. Caj pedaftaran cuma berjumlah RM10 sahaja.
6) Sekiranya anda perlu memberi pinjaman wang kepada rakan anda, lakukan dengan cara pindahan wang melalui transaksi online sahaja. Jangan berikan wang secara tunai.
7) Sekiranya rakan anda tidak mempunyai akaun bank dan perlu pindahan secara tunai, pastikan anda menyediakan surat Akuan Terima Wang yang ringkas dan minta rakan anda menandatangani surat tersebut.
Surat itu menjadi bukti penerimaan wang oleh rakan anda dan akan menjadi bukti penting dalam mahkamah kelak.
8) Pastikan tempoh pembayaran balik dipersetujui terlebih dahulu sebelum wang diberikan. Masa bayaran dan cara bayaran dilakukan juga perlu ditetapkan terlebih dahulu.
Semua terma perlu jelas supaya tidak menjadi pertikaian kelak di mahkamah. Selamat mencuba!

Sumber: Jumpakatmahkamah