Operasi tangkapan seekor beruang matahari di Batu Tiong, Dungun, Terengganu berjaya apabila haiwan tersebut masuk ke dalam perangkap pada Isnin lalu.
Menerusi kenyataan yang dikeluarkan oleh Jabatan Perhilitan di Twitter rasmi, operasi dijalankan oleh Jabatan Perhilitan Daerah Dungun, Terengganu dengan kerjasama penduduk sekitar.
Operasi tangkapan itu berikutan maklumat dari orang awam mengenai seekor beruang matahari jantan yang telah masuk ke dalam perangkap yang dipasang pada 31 Januari 2021.
OPERASI TANGKAPAN SEEKOR BERUANG MATAHARI JANTAN DI BATU TIONG, DUNGUN, TERENGGANU.
Jabatan PERHILITAN Semenanjung Malaysia berjaya menangkap seekor Beruang Matahari jantan di Batu Tiong, Dungun, Terengganu pada 1 Februari 2021.
Operasi tangkapan ini dijalankan susulan menerima maklumat dari orang awam mengenai seekor Beruang Matahari jantan telah masuk ke dalam perangkap yang dipasang pada 31 Januari 2021.
Gambar: Jabatan PerhilitanOperasi ini melibatkan Jabatan PERHILITAN Daerah Dungun, Terengganu dengan kerjasama penduduk sekitar lokasi tangkapan. Beruang tersebut berada dalam keadaan sihat dan telah dilepaskan ke habitat yang sesuai.
Gambar: Jabatan Perhilitan
Gambar: Jabatan PerhilitanJabatan PERHILITAN Semenanjung Malaysia mengucapkan ribuan terima kasih kepada orang ramai yang memberi kerjasama dan bantuan sepanjang operasi tangkapan dijalankan.
Sumber: Twitter Jabatan Perhilitan