Negara Itali dilihat kembali sesak dengan orang ramai selepas sembilan minggu menjalani perintah berkurung bagi mencegah penularan wabak COVID-19.
Itali kembali sesak selepas perintah berkurung di negara tersebut yang telah bermula sejak 9 Mac 2020 ditarik semula.
Namun begitu, Itali masih ada kes kematian wabak COVID-19 yang sehingga kini hampir 29,000 kes dilaporkan. Manakala, lebih 210,000 orang telah dijangkiti.
Di Venice, terutamanya di St Mark’s Square dilihat penuh dengan orang ramai hari ini serta aktiviti perniagaan juga kembali beroperasi seperti biasa.
Di Milan pula, pengangkutan awam seperti kereta api kembali sibuk selepas orang ramai dijangka kembali bekerja sepeti di kilang dan tapak pembinaan.
Gambar: DailyMailRestoran-restoran dibenarkan beroperasi semula walaupun hanya boleh menyediakan makanan untuk dibawa pulang sahaja.
Kawasan taman juga dibuka semula dengan penjarakan sosial masih dikekalkan, dan orang ramai dapat bergerak lebih dari 180 meter dari rumah mereka.
Gambar: DailyMailKerajaan Itali akan terus menguatkuasakan garis panduan penjarakan sosial, dan orang ramai masih diminta untuk membawa surat yang menyatakan mengapa mereka keluar dari rumah mereka.
Pemakaian topeng adalah wajib semasa berada di dalam pengangkutan awam. Sementara itu, sebanyak 15 orang kini dibenarkan untuk upacara pengebumian.
Gambar: DailyMail
Gambar: DailyMailMinggu lepas, Perdana Menteri Itali, Giuseppe Conte mengatakan bahawa penduduk Itali dibenarkan untuk melawat saudara-mara mereka namun hanya yang berdekatan sahaja yang dibenarkan.
Gambar: DailyMailSumber: DailyMail, Capradio