
Isu Viewpoint Wang Kelian Dikenakan Caj, Ini Penjelasan Jabatan Perhutanan Negeri Perlis
Baru-baru ini, isu caj bayaran fi kamera dan fotografi di Viewpoint Wang Kelian, Perlis menjadi viral di laman sosial media.
Susulan isu, pihak Jabatan Perhutanan Negeri Perlis mengeluarkan kenyataan bagi menjernihkan salah faham orang awam.
Menurut Jabatan Perhutanan Negeri Perlis, bayaran fi kamera dan fotografi yang dikenakan adalah bagi tujuan penggambaran komersial sahaja.
Caj bayaran dikenakan bagi penggambaran komersial yang menggunakan kamera jenis Digital Single Lens Reflect Camera (DSLR), Mirrorless Interchangeable-Lens Camera (MILC), Perakam Video (Video Recorder) dan seumpamanya.
Caj viewpoint Wang Kelian untuk penggambaran komersial sahaja
“Penggunaan kamera atau perakam video bagi tujuan peribadi seperti hobi dan tujuan lain seperti sosial media tidak dikenakan caj.
“Ia juga termasuk apa-apa jenis kamera telefon pintar atau yang seumpama dengannya,” jelas Jabatan Perhutanan Negeri Perlis.
Jabatan itu berharap penjelasan dibuat dapat menjernihkan salah faham orang awam berhubung pengenaan caj fi yang tukar di media sosial beberapa hari ini.
“Pihak Jabatan Perhutanan Negeri Perlis ingin mengucapkan ribuan terima kasih dan mengalu-alukan kerjasama serta cadangan daripada semua orang berkaitan dengan isu ini,” tambah kenyataan itu lagi.
Di samping itu, orang ramai boleh menghubungi Pejabat Perhutanan Negeri Perlis di talian 04-9765 966 untuk sebarang pertanyaan lanjut.
BACA: Jimat & Unik, Cara Semai Pokok Sawi Dalam Kulit Telur Ayam