Menteri Penyelaras Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK), Khairy Jamaluddin memaklumkan bahawa terdapat 13 laporan polis yang membabitkan kes salah faham berkenaan vaksinasi telah dibuat oleh penerima vaksin.
Menurutnya, ada beberapa kes yang telah selesai disebabkan salah faham dan dipadamkan di media sosial pengadu.
Namun begitu beliau menyatakan bahawa ada juga beberapa kes pengadu membuat laporan polis kerana tangan mereka tidak merasa kebas atau lenguh selepas divaksinasi.
Beliau menegaskan bahawa kesan sampingan daripada vaksin ini berbeza kepada setiap orang.
“Saya ingin menyatakan kesan sampingan daripada vaksini ini berbeza dari satu orang pada orang yang lain.
“Sebagai contoh, saya tidak dapat apa-apa kesan sampingan daripada kesan vaksinasi saya.
“Tetapi oleh kerana vaksinasi saya dibuat secara langsung dan dipaparkan di seluruh negara, saya rasa tidak ada tuduhan vaksin kosong.
“Ada yang dapat vaksin ada yang rasa kesan sampingan, ada yang dapat vaksin ada yang tidak rasa apa-apa kesan sampingan,” katanya.
Sumber: @JKJAVMY