Isu Nyanyian Negaraku Dalam Bahasa Mandarin, Respon Permaisuri Terima Reaksi Negatif Netizen

Nurul Alia Ali

Baru-baru ini tular satu Malaysia berkaitan isu sebuah sekolah yang menyanyikan lagu Negaraku dalam bahasa Mandarin.

Susulan daripada kejadian itu, Kementerian Pelajaran Malaysia telah mengeluarkan kenyataan bahawa lagu kebangsaan Negaraku adalah dilarang sama sekali untuk diubah atau dipinda dalam apa-apa bentuk sekalipun.

Terbaru, Tuanku Permaisuri Agong telah memuat naik pendapat baginda mengenai isu tersebut di laman rasmi Twitter miliknya.

Walau bagaimanapun, posting tersebut mendapat pelbagai reaksi rakyat dimana ada yang bersetuju dan ada juga yang tidak bersependapat.

Sumber : Twitter Tunku Azizah Mahmood Iskandar