bekas pengarah urusan bns pecah amanah
Gambar via Bernama

Isu LCS: Bekas Pengarah Urusan BNS Didakwa Tiga Pertuduhan Pecah Amanah RM21 Juta

Iqbal Yasir

Bekas pengarah urusan Boustead Naval Shipyard Sdn Bhd (BNS) didakwa di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur hari ini atas tiga pertuduhan pecah amanah.

Memetik laporan ringkas Bernama, bekas pengarah urusan BNS itu didakwa melakukan pecahan amanah berhubung projek pembinaan aset Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM), iaitu kapal tempur pesisir (LCS).

Menurut Bernama, nilai pecah amanah projek LCS tersebut adalah berjumlah RM21 juta.

Berita lanjut bakal menyusul.

Sumber: Bernama