Kredit: Rafizi Ramli
Tiada Kategori

Isu Kehakiman: Forum Awam Akan Digerakkan Untuk Beri Kesedaran

Sofea

Isu Kehakiman: Forum Awam Akan Digerakkan Untuk Beri Kesedaran

Satu forum awam akan digerakkan di seluruh negara untuk memberi kesedaran dan mendapatkan sokongan rakyat berkenaan isu-isu kehakiman.

Perkara itu dinyatakan oleh Ahli-Ahli Parlimen PKR iaitu Datuk Seri Rafizi Ramli, Nik Nazmi Nik Ahmad, Wong Chen, Rodziah Ismail, Zahir Hassan, Muhammad Bakhtiar Wan Chik, Syed Ibrahim Syed Noh S Kesavan dan Onn Abu Bakar dalam sidang media pada Isnin.

“Forum awam yang pertama akan bermula di Kuala Lumpur atau Selangor pada 13 Julai jam 8.30 malam, sebelum bergerak ke bandar-bandar utama di seluruh negara.

“Maklumat lanjut mengenai forum-forum awam ini akan diumumkan kemudian,” katanya.

Dalam pada itu, satu petisyen atas talian seluruh negara turut akan digerakkan untuk menzahirkan hasrat rakyat supaya kebebasan institusi kehakiman dipertahankan termasuk menuntut perkata (a), (b) (c) dan (d).

Perkara-perkara tersebut adalah berkenaan dengan isu kehakiman dan mereka mendesak kerajaan untuk memberikan jawapan yang jelas.

BACA JUGA: Isu Kehakiman: Rafizi & 8 Ahli Parlimen PKR Desak Tubuh RCI

Salah satu darinya adalah mengenai pelantikan hakim-hakim baharu, sama ada bagi Mahkamah Tinggi, Mahkamah Rayuan dan Mahkamah Persekutuan.

“Pencalonan yang telah dihantar oleh Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman (JAC) kepada kerajaan tidak diambil tindakan pada kadar yang sewajarnya, yang menyebabkan kekosongan menjadi mendesak,” katanya.

Selain itu, menurutnya, pencalonan bagi kekosongan Ketua Hakim Negara dan Presiden Mahkamah Rayuan telah pun diputuskan oleh JAC sebelum persaraan Tun Tengku Maimun Tuan Mat kepada Perdana Menteri sebelum ini. Bagaimanapun, pelantikan tersebut tidak dibuat sehinggalah menyebabkan kekosongan yang ada ketika ini.

“Ketiga, mesyuarat JAC telah dipanggil pada hari Jumaat lepas tanpa mematuhi keperluan notis 10 hari, dengan tujuan untuk membuat pencalonan semula bagi jawatan-jawatan yang kosong.

“Keempat, pada satu mesyuarat JAC yang lepas, seorang Hakim Mahkamah Persekutuan telah dipanggil untuk memberi penjelasan mengenai tuduhan cuba mempengaruhi keputusan satu kes dan pertukaran hakim,” katanya.

Mereka juga akan menggerakkan satu kempen dalam kalangan ahli parlimen untuk mendapat sokongan dari ahli parlimen pelbagai parti untuk menuntut perkara-perkara tersebut.

“Kami menyeru seluruh rakyat Malaysia memberi perhatian kepada isu ini yang mempunyai kesan besar kepada rakyat dan negara di masa hadapan, walaupun ia mungkin dilihat remeh di celah-celah pelbagai isu yang lain,” katanya.

Sumber: Rafizi Ramli