KUALA LUMPUR, 15 Nov – Ahli Parlimen Bintulu, Datuk Seri Tiong King Sing memohon maaf atas keterlanjuran kata ketika perbahasan Belanjawan 2021 baru-baru ini.
Menerusi satu kenyataan, beliau menjelaskan bahawa kenyataan tersebut bukanlah niat untuk memperlekehkan semua pihak berkenaan yang terlibat, khususnya Kementerian Kesihatan (KKM).
“Langsung tidak terdetik untuk saya menafikan amalan mulia semua barisan doktor, jururawat, petugas barisan hadapan termasuk Ketua Pengarah Kesihatan (Tan Sri Datuk Seri Dr. Noor Hisham Abdullah).
“Saya hanya berniat untuk membahas soal COVID-19 yang membimbangkan rakyat supaya dapat dilaksanakan dengan lebih berkesan.
“Saya tidak mahu kerana saya, seluruh urusan Dewan Rakyat yang mulia ini terganggu,” katanya dalam kenyataan tersebut hari ini.
Sumber: BERNAMA