Seorang wanita di India nekad menuntut cerai kepada suaminya dengan alasan mereka tidak pernah bertengkar selama 18 bulan mendirikan rumah tangga.
Kejadian pelik ini dipetik daripada Indiatoday melaporkan bahawa wanita tersebut berasa rimas kerana suaminya terlalu menyayanginya.
Menurut wanita itu, suaminya sering memaafkannya setiap kali melakukan kesalahan. Suaminya tidak pernah menjerit atau buat si isteri kecewa dan sedih dengan sebarang isu.
Tambahnya lagi, suaminya sering menolongnya di dapur dan memasak. Wanita tersebut tidak perlukan hidup dalam keadaan sebegini kerana dia ingin bergaduh dengan suaminya itu.
Klik disini untuk artikel yang lebih menarik.
Bagaimanapun, mahkamah Syariah India menolak tuntutan cerai tersebut dan mengatakan keputusan tersebut tidak masuk akal. Ketika pihak mahkamah mengajukan soalan yang sama, wanita tersebut tidak dapat berikan alasan yang baharu.
Susualan daripada kejadian tersebut, pihak mahkamah m eminta pasangan ini untuk selesaikan masalah mereka secara bersama.
Menurut laporan media tempatan, suami wanita tersebut sangat menyanyanginya dan tidak menyangka kelakuannya tidak disenangi oleh isterinya. Lelaki tersebut hanya inginkan untuk jadi suami yang sempurna.
Sumber: Indiatoday