ISTERI Perdana Menteri Kanada, Justin Trudeau dikesan positif Coronavirus (COVID-19) .
Perkara berkenaan dimaklumkan oleh Pejabat Perdana Menteri dalam satu kenyaatan yang dikeluarkan semalam.
“Mengikut nasihat pihak perubatan, dia akan diisolasi buat sementara waktu.
“Keadaannya baik, dia mengambil langkah berjaga-jaga dan simptomnya juga ringan,” jelas kenyataan itu lagi.
Sophie dilaporkan mula mengalami simptom seperti demam pada malam sebelum pulang dari satu program di Britain dan terus menjalani ujian kesihatan tersebut.
Bagaimanapun, perdana menteri yang berusia 48 tahun itu berada dalam kondisi kesihatan yang baik serta tiada simptom, namun tetap perlu menjalani proses isolasi selama 14 hari.
Sumber: Channel News Asia