isteri ketua kampung maut dicekik
Gambar: Kosmo!

Isteri Ketua Kampung Maut Dicekik

Iqbal Yasir

Seorang wanita yang merupakan isteri kepada Ketua Kampung Felda Mengkuang maut dipercayai dicekik dalam kejadian samun di rumahnya di Felda Mengkuang, Bera pagi tadi, lapor Kosmo!.

Menurut Kosmo!, mangsa, Siti Zuliana Said, 52 tahun ditemui meninggal dunia di lokasi kejadian, manakala suaminya pula cedera dan pengsan kerana dipukul dalam kejadian kira-kira jam 6 pagi itu.

Difahamkan, selepas kejadian, sebuah kereta jenis Honda City milik suami mangsa digunakan suspek berkenaan untuk melarikan diri menuju ke arah Jempol, Negeri Sembilan.

Sehubungan itu, menurut Timbalan Ketua Polis Daerah Bera, N. Kumaran, usaha menjejaki lokasi suspek masih giat dijalankan sehingga kini.

“Kami percaya suspek melarikan diri menggunakan kenderaan milik suami mangsa iaitu kereta jenis Honda City berwarna perak dengan nombor pendaftaran DAD9799.

“Polis melakukan usaha mengesan suspek dan mengharapkan orang ramai yang melihat kenderaan itu segera melaporkan kepada balai polis berhampiran,” kata Kumaran.

Difahamkan, menurut N. Kumaran, kes tersebut masih dalam siasatan pihak polis setakat ini.

Sumber: Kosmo!