Menanti kelahiran zuriat adalah detik paling mendebarkan buat semua pasangan suami isteri, lebih-lebih lagi anak pertama. Setelah anak dilahirkan, maka bermulalah fasa berpantang yang panjang oleh si ibu.
Sebagai suami, terdapat banyak tugas yang perlu digalas sepanjang isteri ‘berehat’. Mungkin ianya agak mencabar tapi itulah realiti kehidupan berumah tangga.
Sehubungan itu, mari ikuti 17 tips suami menjaga isteri berpantang yang dikongsikan oleh kaunselor berdaftar, Puan Nad yang dikongsikan di Twitternya @nadmasrom di bawah ini.
Isteri akan rasa tak selesa di luka jahitan atau tempat kencing. Bila nak duduk semua serba tak kena. Suami boleh standby bantal donut jika perlu. Memang selesa nak duduk posisi apa pun.

Ada sesetengah ibu takut nak buang air besar sampai sembelit. Pastikan isteri minum air cukup. Boleh juga beri nasi lembut, atau lauk yang berkuah, sayur dan buah-buahan yang mencukupi.

Kali pertama mungkin kekok. Tapi lama-lama nanti pasti ok. Kena ambil tahu juga cara cuci tali pusat, salin pampers dan sebagainya berkaitan bayi.

Lepas isteri bersalin nanti, boleh ambil uri dan uruskan sebaiknya. Elakkan amalan kurafat waktu uruskan uri. Uruskan dengan cara yang betul.

Lauk pantang ni simple je yang penting seimbang. Jangan bagi isteri makan nasi + ikan bilis je. Pastikan protein cukup, serat (sayur atau buah) lengkap. Masak lauk air ke, bakar ke terpulang.

Kena tahu cara urutan untuk rangsang pengeluaran susu. Time pkp ni nak panggil tukang urut pun risau, suami kenalah ringan tangan urut satu badan isteri juga lepas bersalin. At least sapu minyak panas kat kaki atau kepala isteri.

Perubahan hormon yang drastik lepas kelahiran menyebabkan isteri kadang-kadang sedih, takut, risau dan susah tidur. Isteri bukan mengada-ngada. Prihatin pada keperluan emosi isteri masa ni.
Sebagai suami, ambillah tahu bagaimana jaundis berlaku dan bagaimana bilirubin disingkirkan. Teknik penyusuan perlu betul dan kalau ada yang suruh topup susu formula, tolonglah check dulu betul tak isteri kalian menyusu sebelum main top up je.
Bayi menangis bukan semata tak cukup susu. Ada banyak sebab lain. Jadi, suami janganlah asyik cakap bayi tak cukup susu. Cuba check pampers, bayi selesa tak atau mungkin bayi cuma nak ditenangkan sahaja.
Bengkak susu mungkin akan berlaku jika penyusuan lewat dimulakan lepas kelahiran. Bantu isteri marmet dan buat demahan panas supaya bengkak susu dapat diredakan dan memudahkan proses penyusuan. Pam kurang membantu berbanding perahan tangan. Belajar marmet.

Menyusu akan menyebabkan isteri sangat mudah tertidur sebab kesan hormon oksitosin. Pantau isteri dan bayi supaya penyusuan berlaku dalam keadaan selamat.
Menyusu menyebabkan selera makan isteri bertambah luar biasa. Berikan snack sihat untuk isteri yang kerap makan seperti jagung rebus, kacang kuda, buah-buahan supaya emosi isteri stabil dan boleh elakkan depresi juga waktu berpantang.

Waktu menyusu pada peringkat awal kelahiran, ibu akan rasa sakit rengat kerana hormon oksitosin yang mengeluarkan susu akan mengecutkan uterus juga. Jadi suami perlu empati dengan keadaan isteri. Jika isteri perlu rehat, bantulah jaga bayi seketika.
Susu ibu ni mudah cerna berbanding susu formula. Jadi normal bayi akan kerap rasa lapar dan kerap menyusu. Isteri memang akan penat jika tak bersedia mental dan emosi. Urut-urutlah isteri bila perlu dan beri sokongan moral kepada isteri.
Kalau isteri yang kali pertama melahirkan, mungkin takut nak cuci luka jahitan. Suami boleh bantu. Pastikan luka jahitan sentiasa bersih dan kering untuk elakkan jangkitan.
Isteri nak mandi mungkin lama sikit dalam keadaan baru lepas bersalin. Kalau ada susu perahan, suami boleh bantu beri susu juga. Saya cadang guna cup atau sudu. Kalau nak guna syringe, pastikan bayi tak tersedak.

Suami boleh cukurkan rambut bayi sendiri pada hari ke-7 kelahiran dan buatlah akikah jika mampu. Ni cara suami saya, guna pisau cukur dan gunting sahaja. Biasanya selesai dalam tempoh setengah jam.

Sumber: Twitter Nadmasrom