Isteri kepada legenda badminton negara, Datuk Misbun Sidek iaitu Datin Latifah dilapor telah menghembuskan nafasnya yang terakhir sebentar tadi.
Berita pemergiannya dimaklumkan oleh Majlis Sukan Negara menerusi laman Facebook dan Twitter rasmi kira-kira sekitar pukul 9.25 malam.
“Dukacitanya dimaklumkan Datin Latifah, isteri kepada Datuk Misbun Sidek telah kembali ke rahmatullah sebentar tadi.
“Salam takziah diucapkan kepada keluarga Datuk Misbun Sidek di atas kehilangan ini,” maklum kenyataan tersebut.
Sumber: Majlis Sukan Negara