Seorang wanita muda memohon fail penceraian selepas dua bulan mengikat tali perkahwinan. Perkara ini berlaku dipercayai suaminya sering mengenakan pakaian seluar dalam ketika berada di kediaman mereka di Mesir.
Memetik daripada laporan Gulf News, wanita ini meminta suaminya untuk mnjaga maruah dan memahami perasaannya apabila melihat suamiknya berjalan-jalan hanya memakai selur dalam.
Sekadar gambar hiasan“Saya kerap berkata kepadanya bahawa saya memerlukan lebih banyak masa untuk membiasakan diri dan mengatasi rasa malu saya,” jelas wanita itu kepada media.
Bagaimanapun, suaminya enggan menerima dan berkata ini adalah haknya dan dia sangat selesa ketika memakai seluar dalam sahaja ketika berada di rumah sendiri.
Dalam pada itu, suami isteri ini membuat keputusan untuk memberi ruang dan masa untuk bercerai atau tidak.
Jadi, isterinya pulang ke rumah keluarganya namun sejak pada itu suami tidak pernah menelefon bertanya khabar kepada si isteri.
Oleh sebab sikap suaminya yang tidak bertanggungjawab, wanita ini terus memfailkan penceraian di mahkamah keluarga dan kini kes mereka masih dalam proses.
Sumber: Gulf News