Simpati dengan nasib sepasang suami isteri yang menghadapi kesukaran hidup, dua gadis tampil membantu dengan menjual sebuah motosikal pada harga 10 sen sahaja kepada mereka.
Kongsi Uncle Kentang, suami itu terpaksa meminjam motosikal jiran untuk membeli lampin isterinya. Dia juga perlu berjalan kaki untuk ke tempat kerja di mana dia berkhidmat sebagai pengawal keselamatan.
Oleh itu, kedua-dua gadis ini menghadiahkan motosikal untuk kegunaan harian mereka.
Motosikal dijual dengan nilai 10 sen sahaja
Melayu susah. Bini sakit terlantar, nak beli lampin bini kena pinjam motosikal jiran. Kerja pengawal keselamatan kena jalan kaki.
Ini dua ahmoi kasi hadiah satu motosikal kepada lelaki Melayu tersebut.
Harga 10 sen kepada lelaki Melayu tersebut. Mana mau cari lagi. Inilah Malaysia. Kita bantu tanpa kira kaum.
Siap tukar nama dan insurans. Inilah Malaysia yang hebat. Motosikal dijual dengan harga 10 sen sahaja.
Hidup Malaysia.
Sumber: Uncle Kentang