Seorang isteri di Yudong, wilayah Chongqing, China sanggup memecahkan tingkap rumahnya hanya semata-mata mahu menyelamatkan koleksi Gundam MS milik suaminya.
Dilaporkan, si isteri tersebut bertindak demikian ekoran rumah mereka sedang ditenggelami banjir.
Pada awalnya, suaminya mengalah untuk menyelamatkan koleksi Gundam tersebut dan membiarkannya sahaja kerana didakwa tidak pandai berenang.
Namun tidak bagi si isteri.


Berbekalkan kemahiran sebagai seorang perenang jarak jauh, wanita tersebut tekad juga untuk mendapatkan kesemua koleksi tersebut.
Justeru, dia memecahkan tingkap rumahnya di tingkat dua dan mengambil semua kotak-kotak simpanan Gundam MS suaminya.
Tidak kurang juga, usaha misi menyelamat itu turut dibantu oleh anjing mereka, Oreo dengan membantu mendayung sampan di laluan banjir tersebut ke tempat yang selamat.

Sumber: 9GAG