Tentera Israel melancarkan serangan melalui udara terhadap Gaza semalam susulan daripada dakwaan penunjuk perasaan oleh masyarakat Palestin.
Kejadian tersebut telah menyebabkan puluhan cedera termasuk seorang polis yang menjaga sempadan Israel dan seorang remaja berusia 13 tahun. Kedua-dua mangsa mengalami cedera parah.
Menurut laporan, tentera Israel telah melakukan serangan sejak tiga bulan lalu. Daripada kejadian tersebut seramai 41 orang mengalami cedera parah termasuk seorang remaja berusia 13 tahun cedera parah akibat terkenal tembakan di kepala jelas seorang doktor yang bertugas di sebuah Hospital di Gaza.
Hamas menyeru kepada pasukan penunjuk perasaan agar menghentikan perbuatan itu kerana ia akan menyebaban puluhan nyawa orang awam terkorban.

Justeru itu, Menteri Pertahanan Benny Gantz telah memberi amaran bahawa kejadian ini merupakan peristiwa yang sangat teruk.
Bagaimanapun, sehingga hari ini masih belum ada laporan mengenai bilangan mangsa yang terkorban akibat daripada serangan tersebut.
Sumber: AFP