
Dunia sekali lagi dikejutkan dengan satu serangan bom yang dilapor dilancarkan oleh Israel terhadap militia pro-Iran. Serangan tersebut telah disasarkan ke arah sempadan Syria-Iraq pada malam Khamis mengikut waktu tempatan.
Serangan tersebut didakwa telah menyebabkan lapan orang terbunuh dan kesemuanya dipercayai merupakan ahli kepada militia pro-Iran. Menurut stesen TV di Beirut Al Mayadeen, serangan udara itu telah mensasarkan trak dan militan.
Ledakan ganas dikatakan telah didengari di kawasan bandar AL-Bukamal dan memperlihatkan ‘pesawat musuh’ yang berlegar di ruang udara terbabit.
Media Arab telah mengaitkan Israel dalam serangan maut tersebut.
Pada bulan September yang lalu, serangan besar di kawasan yang sama telah memusnahkan bahagian-bahagian utama sebuah gudang senjata yang dikenali sebagai kompaun Imam Ali dan dikaitkan dengan Israel.
Sumber: The Jerusalem / The Times Of Israel