Israel Dilarang Sertai Kejohanan Hoki Ais Dunia – IIHF
Persekutuan Hoki Ais Antarabangsa (IIHF) pada Khamis melarang Israel daripada menyertai Kejohanan Hoki Ais Dunia yang dianjurkannya.
Menuruf AFP, IIHF berkata larangan itu dibuat atas faktor “keselamatan dan kesejahteraan” semua pihak.
“IIHF mengambil keputusan ini setelah membuat pertimbangan secara berhati-hati, bersandarkan terhadap penilaian risiko, perbincangan bersama negara-negara peserta dan negara-negara tuan rumah,” katanya.
Keputusan berkenaan larangan berkenaan dimaklumkan IIHF dalam satu kenyataan yang dikeluarkan pada Khamis.
Menurut kenyataan itu, Israel juga akan “kekal berkecuali” daripada menyertai sebarang kejohanan anjuran IIHF buat masa ini.
Selepas pengumuman tersebut, Pertubuhan Hoki Ais Israel berkata pihaknya akan melakukan protes terhadap keputusan IIHF itu di Mahkamah Abritasi Sukan (CAS).
Persatuan itu mendakwa keputusan yang dibuat IIHF adalah salah dan tidak menepati mana-mana standard atau undang-undang sukan antarabangsa.
Terdahulu, pasukan hoki ais lelaki Israel sepatutnya akan beraksi dalam Kejohanan Dunia Division II-A di Serbia pada April depan.
Dalam kejohanan tersebut, pasukan tersebut dijadualkan menentang beberapa negara termasuklah Australia dan Emiriah Arab Bersatu (UAE).
BACA: Jangan Terkeliru, Rupanya Ini Beza Kedua-dua Logo UiTM Ini
Sumber: AFP