
Isi Rumah Di Malaysia Berbelanja Purata RM5,566 Sebulan Pada 2024
PUTRAJAYA — Perbelanjaan penggunaan isi rumah bulanan purata rakyat Malaysia meningkat dari RM5,150 pada 2022 kepada RM5,566 pada 2024.
Menurut Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM), peningkatan corak perbelanjaan dan komposisi sebanyak 67.2 peratus ini dipengaruhi oleh empat kumpulan utama iaitu Perumahan, Air, Elektrik, Gas & Bahan Api.
Manakala Lain (23.5 peratus), Restoran & Perkhidmatan Penginapan (17 peratus); Makanan & Minuman (15.7 peratus) dan Pengangkutan (11 peratus).
“Perbelanjaan ke atas kumpulan Restoran & Perkhidmatan Penginapan meningkat 0.9 mata peratus kepada 17. peratus (tahun 2022 sebanyak 16.9 peratus).
“Manakala, kumpulan Makanan & Minuman mencatatkan penurunan kepada 15.7 peratus (tahun 2022 sebanyak 16.3 peratus),” maklum kenyataan itu.
Perbelanjaan Isi Rumah Ikut Negeri
Tambah Jabatan itu, Wilayah Persekutuan Putrajaya muncul sebagai negeri dengan perbelanjaan isi rumah bulanan tertinggi sebanyak RM9,186.
Selain itu, lima negeri lain turut merekodkan statistik melebihi purata nasional iaitu Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (RM8,178), Selangor (RM7,266), Melaka (RM6,212), Johor (RM5,927) dan Pulau Pinang (RM5,850).
Sementara itu, lapan negeri melepasi kadar pertumbuhan tahunan perbelanjaan penggunaan purata peringkat nasional iaitu Johor (5.2 peratus), Pulau Pinang (4.7 peratus), Negeri Sembilan (4.5 peratus), Sarawak (4.5 peratus), Kelantan (4.4 peratus), Melaka (4.2 peratus), Terengganu (4.2 peratus) dan Perak (4 peratus).
Sumber: Jabatan Perangkaan Malaysia