isetan 1 utama
Gambar: Isetan/Trip Advisor

Isetan 1 Utama Bakal Ditutup Lepas 10 Tahun Beroperasi

Sofea

Gedung terkemuka, Isetan akan menjalankan perniagaan mereka untuk yang terakhir kalinya pada esok (5 April 2022) selepas 10 tahun beroperasi di pusat beli-belah 1 Utama.

Pengumuman mengenai penutupan itu telah dimaklumkan pihak Isetan sejak November tahun lalu.

“Selepas 10 tahun yang menakjubkan di 1 Utama, kami ingin mengucapkan terima kasih kepada anda semua atas sokongan selama ini.

“Hari terakhir kami beroperasi ialah pada 5 April 2022,” kata Isetan menerusi satu kenyataan di Facebook.

Bagaimanapun, cawangan Isetan di Suria KLCC, The Gardens Mall dan Isetan The Japan Store LOT 10 masih lagi beroperasi seperti biasa.

Sementara itu, orang ramai juga boleh melayari laman web Isetan di www.ionlinekl.com.my untuk sebarang maklumat lanjut.

Sumber: Isetan Kuala Lumpur