Iran pada hari ini telah mengarahkan semua sekolah dan universiti ditutup sehingga April susulan daripada wabak Covid-19.
Menteri Kesihatan Iran, Saeed Namaki, menyatakan bahawa semua pusat pengajian akan ditutup sehingga akhir tahun Parsi iaitu pada 9 Mac, yang diikuti dengan cuti kebangsaan pada April.
UAE pada sebelum ini juga merupakan negara terbaru menutup sekolah-sekolahnya kerana bimbang akan kes positif dan angka kematian di seluruh dunia.
Setakat ini, sebanyak 13 buah negara telah mengarahkan sekolah ditutup.
Sumber: Daily Mail