Menteri Luar Iran, Hossein Amir-Abdollahian berkata, negara itu “tidak gembira” dengan perkembangan di Ukraine dan menuduh AS serta pakatan tentera NATO pimpinan Washington membuat “langkah provokatif”, lapor Al-Jazeera.
Menurut Al-Jazeera, Hossein Amir-Abdollhian berkata sedemikian dalam sidang akhbar bersama dengan rakan sejawatan dengannya dari Oman, Sayyid Bard di Tehran, Iran baru-baru ini.
“Dalam panggilan telefon saya dengan menteri luar Rusia dan Ukraine minggu lalu, saya menyatakan pandangan dengan jelas bahawa campur tangan NATO Dan AS dalam Republik Islam tidak membantu keadaan.
“Dan penyelesaiannya bukan peperangan, tetapi perbincangan diplomatik,” jelasnya.
Setakat ini Iran tidak secara langsung menangani pengiktirafan Putin terhadap Republik Rakyat Donetsk (DPR) dan Republik Rakyat Luhansk (LPR) yang diisytiharkan sendiri di timur Ukraine, lapor Al-Jazeera.
Sumber: Al-Jazeera