iran teknologi masa depan
Kredit; BERNAMA

Iran Antara Lima Negara Utama Sebagai Kuasa Besar Teknologi Masa Depan

Nurhanis

Iran Antara Lima Negara Utama Sebagai Kuasa Besar Teknologi Masa Depan

TEHRAN, 26 April (Bernama-IRNA) — Iran adalah antara lima negara dalam perlumbaan untuk menjadi kuasa besar teknologi masa depan, menurut laporan terbaru oleh Institut Dasar Strategik Australia, lapor IRNA.

Perlumbaan untuk menjadi kuasa teknologi paling penting seterusnya adalah antara UK dan India, kedua-duanya mengisi tempat dalam lima negara teratas dalam 29 daripada 44 jenis teknologi,” menurut laporan ASPI.

“Korea Selatan dan Jerman mengikuti rapat di belakang, masing-masing muncul dalam lima negara teratas dalam 20 dan 17 teknologi,” katanya.

“Australia berada dalam lima teratas untuk sembilan teknologi, diikuti rapat oleh Itali (tujuh teknologi), Iran (enam), Jepun (empat) dan Kanada (empat).

Rusia, Singapura, Arab Saudi, Perancis, Malaysia dan Belanda berada dalam lima teratas untuk satu atau dua teknologi,” katanya.

“Beberapa negara lain, termasuk Sepanyol dan Turki, berada dalam kalangan 10 negara teratas tetapi tidak termasuk dalam lima teratas.”

‘Pengembara Masa’ Dakwa “Alien” Serang Bumi Hari Ini, 8,000 Manusia Akan ‘Diculik’

Gambar: AFP

Sebelum ini media melaporkan seorang pengguna TikTok yang mengaku sebagai pengembara masa mendakwa makhluk asing akan menyerang bumi hari ini.

Menerusi video terbaru yang dimuat naik di akaun TikToknya, dia juga mendakwa seramai 8,000 orang manusia akan ‘diculik’ spesis makhluk asing yang lain.

Katanya lagi, dia yang hadir dari masa depan kembali semula untuk memaklumkan tentang penjajahan tersebut kepada orang ramai.

Alien serang Bumi hari ini

“Ya, saya seorang pengembara masa, dunia akan berakhir tidak lama lagi,” katanya yang mendakwa berasal dari tahun 2714.

Dia turut menegaskan bahawa makluk asing itu datang ‘melawat’ Bumi dengan niat tidak baik.

“Spesies asing yang sangat ganas akan mengambil alih Bumi. Kita tidak akan menang menentang mereka.

”Satu lagi spesis makhluk asing yang pernah menjadi mangsa penjarahan akan datang menyelamatkan kita. Pada 23 Mac (hari ini), seramai 8,000 orang manusia akan dipindahkan ke planet lain,” katanya lagi.

Bagaimanapun, pengguna TikTok itu memberitahu hayat Bumi tidak akan berakhir pada tarikh berkenaan.

Bukan itu sahaja, pengembara masa itu juga turut bermurah hati menyenaraikan kejadian-kejadian yang bakal berlaku dalam masa 10 tahun akan datang.

Sumber: BERNAMA