Pusat beli-belah 1 Utama di Petaling Jaya hari ini digemparkan dengan tragedi seorang wanita jatuh dari tingkat empat dalam satu kejadian tengah hari tadi.
Pengurusan 1 Utama memaklumkan, individu berkenaan telah dikejarkan ke hospital oleh pasukan tindakan kecemasan pusat beli-belah berkenaan, serta kes turut diserahkan kepada pihak polis untuk tujuan siasatan.
Makluman tersebut turut menasihatkan bahawa sekiranya orang awam yang ada mengalami masalah kesihatan mental, mereka boleh hubungi Talian Kasih di talian 15999 atau Befrienders di 03-76272929.

Sumber: FB 1 Utama Shopping Centre