
Insentif RM300 Untuk i-Suri KWSP – Ini Syarat dan Cara Mohon
Dalam usaha menghargai sumbangan besar wanita terutama suri rumah kepada keluarga dan negara, kerajaan Malaysia terus komited meneruskan Program i-Suri KWSP untuk tahun 2025.
Melalui program khas ini, para suri rumah, balu, ibu tunggal dan wanita yang tiada pendapatan tetap dapat menikmati caruman KWSP sendiri dengan insentif tambahan sehingga RM300 setahun.
Apa itu i-Suri KWSP, Syarat dan Cara Mohon Kena Tahu
i-Suri merupakan skim caruman sukarela di bawah Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) yang direka khusus bagi membantu wanita tanpa pendapatan tetap mempunyai simpanan hari tua.
Dengan adanya skim ini, golongan wanita yang tergolong dalam kumpulan berpendapatan rendah dapat menyimpan secara tetap dan pada masa sama menerima sokongan insentif daripada kerajaan.
Manfaat Program i-Suri KWSP
Insentif padanan 50% – Kerajaan akan memadankan caruman peserta sebanyak 50% daripada jumlah caruman yang dibuat, tertakluk kepada maksimum RM300 setahun.
Had maksimum insentif seumur hidup – Jumlah insentif ini boleh mencecah sehingga RM3,000 sepanjang tempoh penyertaan atau sehingga peserta mencapai usia 55 tahun. Bergantung kepada mana-mana yang lebih awal.
Dividen tahunan KWSP – Setiap jumlah caruman akan menerima dividen tahunan seperti ahli KWSP biasa mengikut kadar pengagihan tahunan KWSP.
Bantuan khairat kematian – Sekiranya pencarum i-Suri meninggal dunia, waris yang sah berpeluang menerima bantuan kematian tertakluk kepada syarat yang ditetapkan oleh KWSP.
Pelepasan Cukai – Caruman ke dalam akaun i-Suri juga boleh dinikmati sebagai pelepasan cukai individ mengikut peraturan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) semasa.
Warganegara Malaysia.
Berumur di bawah 55 tahun.
Berdaftar sebagai ahli KWSP.
Berdaftar dalam sistem e-Kasih dan masih aktif dalam data terkini.
Membuat caruman minimum RM5 sebulan atau RM60 setahun untuk melayakkan diri menerima insentif penuh.
Bagaimana insentif RM300 dibayar?
Insentif ini tidak diberikan secara automatik. Sebaliknya, peserta perlu memastikan caruman minimum dipenuhi.
Contohnya, sekiranya seseorang suri rumah berjaya mencarum sekurang-kurangnya RM60 setahun, kerajaan akan memberikan insentif penuh RM300 ke dalam akaun KWSP mereka.
Sebaliknya, jika caruman kurang daripada jumlah minimum, insentif juga tidak akan dibayar penuh.
Cara semak status insentif i-Suri?
Log masuk ke i-Akaun KWSP melalui portal rasmi KWSP.
Semak pada bahagian Penyata Caruman untuk melihat caruman bulanan, rekod insentif dan dividen.
Boleh juga menggunakan aplikasi i-Akaun Mobile untuk semakan mudah.
Hubungi talian hotline KWSP di 03-8922 6000 atau hadir ke mana-mana pejabat KWSP untuk semakan secara bersemuka.
BACA : BINGKAS Selangor: Cara Mohon Bantuan RM300 Sebulan
Bagaimana cara daftar i-Suri KWSP?
Pendaftaran program ini boleh dibuat melalui beberapa saluran. Bagi yang berdaftar dalam e-Kasih dan membuka akaun KWSP baharu, pendaftaran akan dibuat secara automatik.
Namun, bagi yang ingin mendaftar sendiri, terdapat beberapa cara:
Secara atas talian melalui portal rasmi KWSP atau sistem i-Akaun.
Melalui terminal layan diri (SST) yang disediakan di cawangan KWSP.
Hadir ke pejabat KWSP, bawa MyKad dan isi borang KWSP 16G (M) untuk pendaftaran manual.
Cara buat caruman i-Suri
Untuk memastikan caruman bulanan berjalan lancar, pelbagai kemudahan pembayaran disediakan. Ahli boleh membuat bayaran melalui aplikasi i-Akaun KWSP, perbankan internet bank pilihan, kaunter ejen bank berdaftar seperti BSN, Maybank, RHB atau Public Bank.
Pembayaran juga boleh dilakukan secara tunai, cek atau kad debit di kaunter KWSP atau melalui pasukan bergerak KWSP.
Oleh itu, program i-Suri KWSP adalah bukti keprihatinan kerajaan dalam mengiktiraf peranan suri rumah. Jangan lepaskan peluang ini. Semak kelayakan, daftar segera dan mulakan tabungan anda demi masa depan yang lebih terjamin.
Semoga bermanfaat.
BACA : 6 Negara “Visa-Free” Tapi Ada Borang Wajib Untuk Orang Malaysia