Setiap kehidupan pasti akan bertemu dengan kematian. Tiada sesiapa pun yang hidup akan mengetahui ‘tarikh’ kematian kerana ia adalah rahsia Allah. Bagaimanapun, perjalanan hidup seharian kita sebenarnya semakin dekatkan diri kita dengan kematian.
Segala harta dan pangkat akan ditinggalkan malah apabila seseorang itu mati maka kenangan dan sifat murni seseorang itu sahaja untuk orang mengingati kita.
Pekongsian kali ini daripada Muhd Abd Rahman di laman Facebooknya tentang kematian yang dicemburui. Seorang insan terpilih meninggal dunia saat menunaikan solat subuh berjemaah di sebuah surau di Klang.
KEMATIAN YANG DICEMBURUI
Hari ini saya menjadi saksi bahawa kematian itu datang bila bila masa. Subuh berjemaah di Surau Raudhatul Firdaus, Taman Kerjasama, Kluang bersama anak anak Tahfiz Al-Mukhlisin. Usai solat subuh berjemaah seorang insan yang dipilih Allah, suami kepada Maimunah Juraimi dan ayah kepada Farah Asyiqin Jalaluddin, Jalaludin Bin Borhan dijemput Ilahi.

Husnul Khotimah. Pengakhiran yang kita semua idamkan. Solat subuh berjemaah, wirid, sujud dan rebah. Mata ini melihat kebesaranMu ya Allah. Saya berada di sampingnya semenjak awal pagi.
“Ustaz, sisni sini sebelah saya, kalau apa jadi senang…”
Bertanya “Cik Jalal, awal pagi ni ke surau”. Di balas arwah “Nak ke pasar lepas ni ustaz. Terus pergi je.” Senyum arwah terkenang sehingga sekarang.
Sedang azan arwah masuk ke dalam surau. Bersandar ke dinding selepas solat sunat. Menanti iqamah. Arwah menyapa “Ustaz, sini sini sebelah saya. Apa apa jadi senang“ Ketawa kecil kami.
Selepas solat, berzikir, sedang berzikir urut dada. Arwah sujud untuk mohon kekuatan dari Allah SWT. Bangun dari sujud, urut dada kembali dan rebah. Saya terkejut, melihat wajah arwah kita faham.

Saya mengucap syahadah di telinganya dan ayat terakhir dari arwah. Allah! dan beliau pergi meninggalkan kita. Satu penyaksian dan pengakhiran yang kita semua cemburui.


Apa yang kita boleh saksikan, saat mereka menyempurnakan jenazah, anak-anak tahfiz ini berkumpul dan membaca Al-Quran.
Husnul Khotimah
Sumber: Muhd Abd Rahman