“Inilah Menu Kami Sejak PKPB…”, Anak Macam Dah Merajuk Makan Benda Sama, Luahan Wanita Undang Sayu Ramai

Sha Rossa

Wabak Covid-19 yang melanda negara ternyata sedikit sebanyak memberi kesan yang besar kepada sebilangan rakyat. Ada yang terjejas dari segi pendapatan apabila syarikat tidak lagi mampu membayar gaji pekerja.

Seperti perkongsian menerusi Page Masak Apa Hari Ni.. (MAHN) di Facebook yang tular dan menyentuh hati ramai kerana setiap manusia diuji dengan ujian yang berbeza.

Mungkin kisah ini hanya secsebis kisah rakyat, tetapi boleh dijadikan renungan supaya kita sentiasa bersyukur dengan setiap rezeki yang dikurniakan Tuhan kepada kita.

Tahap ujian kita lain-lain

Tahap ujian kita lain-lain sis. Bersyukurlah selagi diberi nikmat yang dinamakan ‘kehidupan’… Ini lah menu kami setiap hari sejak kerajaan umum PKPB bulan lepas.

Diberhentikan kerja dan hilang sumber pendapatan

Terpaksa diberhentikan kerja dan hilang sumber pendapatan harian. Alhamdulillah mujur ada juga hidangan untuk makan pagi dan malam.

Anak-anak macam dah merajuk sebab dah hari-hari makan nasi goreng ni.. biasa lah budak-budak kan.. tapi saya berusaha ajar anak supaya tetap bersyukur dengan rezeki yang Tuhan bagi.

Keropok dan kulit ayam hasil pemberian kedai makan

Tak ada ayam atau daging pun tak apa. Ada keropok dan kulit ayam (hasil pemberian sebuah kedai makan) pun dah cukup sedap.

InsyaAllah bila dah boleh kerja lepas PKPB ni kita makan ayam KFC pulak ye anak-anakku.. tapi bila anak cakap nasi goreng mama ni paling best atas muka bumi, terus hilang letih dan sedih. Doakan kami sekeluarga kuat ye.

Sumber: Mya Saraa via Masak Apa Hari Ni.. (MAHN)