Dua ujian kit kendiri COVID-19 telah mendapat Kelulusan Bersyarat untuk diimport dan diedarkan di Malaysia, lapor Kementerian Kesihatan (KKM).
Tambah KKM, kit ujian itu boleh dijual di farmasi berdaftar atau fasiliti kesihatan.
Berikut adalah senarai kit yang mendapat kelulusan manakala senarai tersebut akan dikemaskini dari masa ke masa.
Salixium COVID-19 Rapid Antigen Rapid Test (Saliva/nasal swab samples)
Gmate COVID-19 Ag Saliva for Home Use