Destinasi Popular Rakyat Malaysia
Gambar: BERNAMA

Ini Senarai Destinasi “Cool-Down” Popular Rakyat Malaysia

Iqbal Yasir

Ini Senarai Destinasi “Cool-Down” Popular Rakyat Malaysia

Ketika cuaca panas negara sejak kebelakangan ini, rakyat Malaysia kini dilihat semakin cenderung untuk ‘lari’ ke lokasi yang menawarkan suasana nyaman dan menyegarkan.

Terkini, platform pelancongan digital Agoda mendedahkan tiga destinasi pantai yang menjadi pilihan utama rakyat Malaysia untuk percutian musim panas ini iaitu Semporna, Kuala Terengganu dan Pulau Tioman.

Menurut data Agoda, jumlah carian destinasi pantai pada Mei 2025 bagi tempoh percutian antara Jun hingga Ogos meningkat sebanyak 35 peratus berbanding tempoh yang sama tahun lalu.

“Peningkatan minat terhadap destinasi pantai menunjukkan semakin ramai pelancong mencari tempat yang selesa untuk memberikan perlindungan daripada cuaca panas.

“Lebih daripada sekadar destinasi percutian, kawasan pantai menawarkan udara nyaman, kedamaian, dan peluang sempurna untuk menyegarkan semula fizikal dan mental,” kata Fabian Teja, Pengarah Negara Malaysia di Agoda.

Semporna

Semporna menyaksikan lonjakan carian tertinggi iaitu sebanyak 38 peratus.

Terkenal dengan air laut yang jernih dan rumah penginapan atas air, Semporna menawarkan pengalaman ‘cool-down’ sebenar di bawah permukaan laut.

Aktiviti popular termasuk menyelam skuba di Sipadan dan snorkeling di sekitar pulau Mabul serta Kapalai.

Kuala Terengganu

Mencatat peningkatan 37 peratus, Kuala Terengganu menjadi tarikan buat mereka yang inginkan kombinasi pantai dan budaya.

Dari keindahan Pantai Batu Buruk, persembahan seni, hingga pasar tepi laut yang meriah pengunjung bukan sahaja dapat menyejukkan badan tetapi juga menenangkan minda.

Pulau Tioman

Pulau Tioman pula mencatat peningkatan carian sebanyak 27 peratus. Tersorok dalam kehijauan hutan tropika, pulau ini menawarkan suasana damai dan nyaman jauh dari hiruk-pikuk kota.

Air Terjun Asah dan laluan merentas hutan menjadi pilihan aktiviti ‘cool-down’ semula jadi untuk pelancong.

Dengan lebih 6 juta pilihan penginapan ditawarkan melalui Agoda termasuk resort tepi laut, vila berangin dan lokasi dengan kolam renang luas pelancong boleh menikmati percutian sejuk dan selesa, walaupun dalam musim panas terik.

Untuk tawaran penginapan terbaik musim ini, layari Agoda.com atau muat turun aplikasi mudah alih Agoda sekarang.

Sumber: Agoda

BACA: Wanita Kongsi Momen Sambut Hari Lahir Suami, Reaksinya Undang Sebak Ramai