
Ini Sebab Kenapa Penunggang Motosikal Suka Pakai Jaket Kulit
Motosikal merupakan kenderaan bermotor dua roda yang digerakkan oleh enjin. Ia direka untuk membawa seorang atau dua pembonceng dengan pantas dan mudah dikawal di pelbagai jenis jalan.
Di Malaysia, motosikal menjadi antara kenderaan paling popular kerana lebih praktikal dan jimat minyak. Selain itu, ia juga lebih fleksibel di kawasan bandar yang sering sesak.
Dalam kalangan penunggan motosikal, ada jaket kulit sering menjadi pakaian yang dipilih di kalangan mereka. Perkara ini sudah biasa dilihat sejak sekian lama.
Namun di sebalik penampilan yang menarik itu, ada sebab sebenar mengapa mereka memilih untuk memakainya setiap kali menunggang. Justeru, kali ini SK akan kongsikan sebabnya.
Kenapa penunggang motosikal pakai jaket kulit?
Menurut Mental Floss, jake kulit bukan saja nampak bergaya, ia juga penting dalam aspek keselamatan.
Kalau seseorang minta anda bayangkan rupa penunggang motosikal, mungkin gambaran yang muncul di fikiran ialah imej klasik, individu bertopi keledar, cermin mata hitam dan tentunya jaket kulit.
Gaya ini memang ikonik dan sudah sinonim dengan dunia permotoran sejak puluhan tahun lalu. Namun, fungsi jaket kulit ini bukan hanya untuk nampak “cool”, namun terdapat sebab praktikal di sebaliknya.
Jaket kulit sebagai perlindungan
Jaket kulit sudah digunakan oleh penunggang motosikal sejak tahun 1920-an. Pada masa itu, mereka menyedari bahawa bahan kulit yang sama digunakan untuk pelana kuda dan peralatan ketenteraan juga sangat sesuai untuk melindungi tubuh daripada kecederaan ketika menunggang.
Ianya sangat berguna sekiranya penunggang terjatuh di atas jalan raya kerana ia bersifat tebal dan tahan geseran.
Menurut Mental Floss, ia berfungsi seperti “kulit kedua” yang menahan impak dan geseran, sekali gus mengurangkan risiko luka atau “road rash”.
Berbanding kain nipis seperti t-shirt atau seluar biasa, jaket kulit jauh lebih kuat dan melindungi.
Gabungan gaya dan fungsi
Selain untuk keselamatan, jaket kulit juga membantu menahan angin, habuk dan cuaca sejuk ketika menunggang di jalan terbuka.
Sesetengah jaket turut dilengkapi dengan pelapik pelindung bahagian bahu dan siku untuk menambah perlindungan ketika berlaku kemalangan. Dengan kata lain, ia seperti “perisai bergaya” buat penunggang motosikal.
Lebih menarik lagi, jaket kulit sebenar akan menyesuaikan bentuk dengan tubuh pemakai selepas lama digunakan.
Selain jaket kulit, penunggang motosikal juga lazim memakai seluar jeans atau pakaian yang tahan geseran, bersama sarung tangan kulit.
Yayasan Keselamatan Motosikal (Motorcycle Safety Foundation) turut menyarankan pemakaian kelengkapan berikut untuk perlindungan maksimum:
Pakaian berwarna terang dengan elemen pantulan cahaya
Pelindung tulang belakang, tali pinggang sokongan dan perisai badan
Perlindungan pendengaran
Topi keledar dengan pelindung muka atau gogal
Kasut but tinggi melepasi buku lali dengan tapak yang kukuh dan mencengkam
Oleh itu, jaket kulit bukan hanya melengkapkan gaya penunggang motosikal, tetapi juga berfungi sebagai perlindungan penting yang mampu mengurangkan risiko kecederaan di jalan raya.
BACA: Rahsia Di Sebalik Bau Buku Lama Yang Unik, Ini Penjelasan Saintis
BACA: Pakar Dedah 5 Tabiat Harian Yang Boleh Rosakkan Otak Manusia
BACA: Kajian Dedah 5 Jenis Minuman Yang Bantu Kurangkan Kolesterol Jahat
Sumber: Mental Floss