Kereta Jump Start
Kredit: TikTok @altimatsaujana

Ini Sebab Kereta Kecil Tak Sesuai Untuk “Jump Start” Kereta Besar

Siti Nur Ain Natasya

Kenapa Tak Boleh Guna Kereta Kecil Untuk “Jump Start” Kereta Besar? Ini Sebabnya

Memiliki sebuah kereta bukan lagi satu tanda kemewahan tetapi sudah menjadi satu keperluan dalam kehidupan seharian.

Sama ada untuk ke tempat kerja, menghantar anak ke sekolah atau sekadar menjalankan urusan seharian, kereta memainkan peranan penting dalam memudahkan pergerakan.

Namun begitu, ramai pemilik kenderaan mengambil mudah tentang perkara teknikal yang boleh membawa kepada kerosakan tidak dijangka.

Oleh itu, memahami serba sedikit tentang kereta dapat membolehkan ia digunakan dengan masa yang lebih lama dan baik.

Hari ini, SK mahu kongsikan tentang satu perkara penting yang ramai pemilik kenderaan sering terlepas pandang.

Merujuk Altimat Saujana Utama, menggunakan kereta kecil untuk jump start kereta yang lebih besar bukanlah satu tindakan yang terbaik.

“Untuk pengetahuan korang, kenapa tak boleh kereta yang kecil macam ni (Perodua Axia) nak jumper kereta yang besar macam ni (Honda CR-V)?”

“Sebab alternator dia tak sokong untuk bateri kecil dan bateri besar, yang ni alternator besar, perlu kuasa yang banyak baru boleh start,” ujarnya sambil merujuk kepada Honda CR-V.

Setiap kereta direka dengan sistem yang sesuai mengikut saiz dan kapasiti enjinnya

Sebagai contoh, kereta kecil seperti Perodua Axia hanya mempunyai kapasiti enjin 1.0 cc, manakala kereta yang lebih besar seperti Honda CR-V mempunyai enjin 2.0 CC.

Perbezaan ini bukan sahaja mempengaruhi kuasa pemanduan, tetapi juga sistem elektrik kereta tersebut seperti alternator dan bateri.

Alternator merupakan komponen yang bertanggungjawab untuk mengecas bateri dan membekalkan tenaga elektrik kepada komponen-komponen kereta.

Alternator kereta kecil seperti Axia direka untuk menyokong sistem menggunakan kuasa yang rendah.

Sebaliknya, kereta seperti Honda CR-V memerlukan alternator yang jauh lebih besar dan berkuasa tinggi, memerlukan tenaga yang lebih banyak.

Oleh itu, alternator kereta kecil tidak mampu membekalkan kuasa yang cukup untuk mengecas atau menghidupkan sistem kereta besar.

Risiko merosakkan bateri kereta kecil

Selain tidak berkesan, tindakan ini juga boleh mendatangkan risiko kerosakan kepada kereta kecil. Bateri dan alternator kereta kecil boleh menjadi terlalu terbeban, menyebabkan kerosakan kepada sistem elektriknya.

Ini boleh mempercepatkan kerosakan bateri dan menyebabkan kos penukaran dan pembaikan yang sangat tinggi.

“Kalau nak jumper kereta macam ni (Honda CR-V), kena guna 4×4 atau van yang baterinya besar,” pesannya di dalam video.

Walaupun niat untuk membantu adalah baik, penting untuk memahami had sistem elektrik sesebuah kereta.

Moga bermanfaat.

BACA: Kembar MCKK Dapat Anugerah Dalam Pertandingan Di AS

BACA: Universiti Di China Tetapkan Pengurus Kantin Kena Ada PhD

BACA: Pandu E-Hailing 15 Jam Sehari Demi Sara Anak, Bapa Meninggal Akibat Strok

Sumber: Altimat Saujana Utama via TikTok