Sebentar tadi telah berlangsungnya sidang media khas Menteri Pendidikan, Datuk Dr Radzi Jidin mengenai pembukaan sesi persekolahan akan datang.
Antara perkara yang diumumkan ialah pembukaan sesi persekolahan secara berperingkat mengikut fasa PPN serta sistem penggiliran murid ke sekolah mengikut kumpulan masing-masing.
Berikut merupakan intipati pengumuman beliau sebentar tadi seperti diringkaskan Bernama.
Sekolah akan dibuka secara berperingkat mengikut Fasa PPN mulai 3 Okt
Kehadiran murid ke sekolah adalah 50 peratus daripada enrolmen keseluruhan secara penggiliran minggu
Setiap kelas persekolahan akan dibahagi kepada dua kumpulan iaitu secara PDP bersemuka dan PDPR, yang bergilir setiap minggu
Murid berkeperluan khas, asrama penuh, peperiksaan antarabangsa, sekolah kurang murid antara tidak terlibat penggiliran kelas
Murid prasekolah, tadika swasta di negeri Fasa Tiga PPN hadir tanpa penggiliran
Fasa 1 PPN: Sekolah tidak dibuka, murid akan meneruskan PDPR
Murid prasekolah, tadika swasta di negeri Fasa Tiga PPN hadir tanpa penggiliran
Sesi persekolahan 2021 akan dilanjutkan sehingga ke Mac 2022
Pelanjutan sesi persekolahan bertujuan pastikan intervensi dalam kalangan pelajar lemah dapat dilaksanakan
Murid tahun satu 2022 akan mula masuk ke sekolah pada Mac 2022
Ibu bapa diminta beri perhatian terhadap status vaksinasi pemandu bas sekolah persendirian
Pemakaian pelitup muka kini diwajibkan di sekolah
Murid dibenarkan hadir tanpa uniform, tetapi pakaian perlu sesuai, sopan dan kemas
Kelas pendidikan jasmani dibenarkan, aktiviti kokurikulum tidak dibenarkan
Murid bergejala tidak dibenarkan hadir ke sekolah, ujian saringan COVID-19 turut dijalankan
Ibu bapa tidak hantar anak ke sekolah kerana bimbangkan ancaman COVID, tidak dianggap kesalahan disiplin dan tiada surat amaran
Sekolah yang ada kes positif COVID perlu maklumkan kepada Pejabat Kesihatan Daerah untuk tindakan lanjut
Semua Institut Pendidikan Guru di negeri Fasa Satu, Fasa Dua masih laksanakan PdPR
Menteri Pendidikan, Datuk Dr Radzi Jidin
Sumber: Bernama