punca kereta terhuyung hayang laju
Kredit: ImageFX

Ini Punca Sebenar Kereta Rasa Terhuyung-Hayang Bila Bawa Laju

Azzwin

Ini Punca Sebenar Kereta Rasa Terhuyung-Hayang Bila Bawa Laju

Setiap pemandu pasti mengutamakan keselesaan dan kestabilan ketika memandu. Lebih-lebih lagi apabila berada di lebuh raya pada kelajuan tinggi.

Namun, ada kalanya kereta terasa seperti tidak seimbang seolah-olah bergoyang atau terhuyung-hayang walaupun jalan yang dilalui kelihatan rata.

Sebenarnya, rasa tidak stabil pada kenderaan boleh menjadi petanda awal bahawa terdapat komponen penting yang tidak lagi berfungsi dengan baik.

Sekiranya dibiarkan berlarutan, ia akan mempercepatkan kerosakan pada bahagian tertentu, malah boleh mengundang risiko keselamatan kepada pemandu dan penumpang.

Jadi, kali ini SK akan kongsikan punca sebenar kereta rasa terhuyung-hayang setiap kali bawa laju, menurut Zam Auto Accessories.

Kereta bawa laju rasa goyang, stereng kena pegang kuat

Korang perasan tak bila bawa laju sikit je, kereta jadi macam terhuyung-hayang kiri kanan, korang pun kena pegang stereng extra focus. Benda ni memang buat perjalanan tak selesa, tambah lagi kalau kena drive jauh dalam highway. Rasa macam tak boleh rileks langsung sebab terpaksa fokus lebih dari biasa.

Bila situasi jadi macam tu, selalunya ada kaitan dengan bahagian penting kereta yang mula bagi masalah. Tayar, alignment, absorber ataupun bush boleh jadi punca utama. Semua benda ni bila dah mula problem, terus bagi kesan pada kestabilan kereta masa jalan lurus ataupun corner.

Satu lagi, kalau absorber dah tak perform betul-betul, kereta akan jadi senang melantun bila lalu jalan tak rata. Bukan saja rasa tak selesa, tapi boleh buat tayar kurang grip kat jalan. Itu yang buat kereta macam nak hanyut bila bawa laju. Kalau bush pula dah longgar, body kereta pun rasa goyang skit walaupun stereng korang pegang ketat.

Tayar pun main peranan besar. Kalau bunga tayar dah nipis atau tekanan angin tak seimbang, memang boleh bagi kesan terus pada stabiliti. Kereta rasa macam terapung skit masa laju, padahal jalan rata.

Lagi bahaya kalau time hujan, tayar kurang grip terus buat rasa tak yakin nak tekan minyak lebih. Selain tu, alignment lari pun boleh jadi penyebab. Bila tayar tak lurus betul, kereta akan tarik ke satu arah, itu yang buat korang kena pegang stereng lebih kuat.

Kalau biar lama-lama, bukan setakat rasa unstable je, tayar pun cepat haus tak sekata.Benda ni nampak remeh tapi penting sebab ia libatkan keselamatan masa drive. Kalau kereta rasa tak stabil, jangan tunggu lama baru nak check.

Lagi cepat korang settle masalah, lagi selamat perjalanan korang dan orang lain atas jalan. Better keluar sikit duit sekarang daripada tanggung risiko besar kemudian.

Sumber: Zam Auto Accessories

BACA: Kereta Tak Boleh Start Walaupun Bateri Masih Elok, Ini Cara Nak Atasinya