Ini Penjelasan Mufti Tentang Hukum Orang Islam Terlibat Dalam Pertandingan Ratu Cantik

Edayu

Mungkin ramai yang keliru tentang hukum orang Islam terlibat dalam pertandingan ratu cantik. Ya, seperti mana yang kita tahu, para lelaki dan wanita yang beragama Islam dilarang menyertai pertandingan seperti ini mengikut fatwa yang dikeluarkan.

Hari ini, sekali lagi SK ingin berkongsi penjelasan daripada Pejabat Mufti Wilayah tentang hukum ini untuk orang ramai lebih memahami dan tidak mengulangi kesilapan lalu.

Mesyuarat Jawatankuasa Perundingan Hukum Syara’ Wilayah Persekutuan telah bersidang dan memutuskan bahawa haram dan berdosa bagi orang Islam menyertai dan menganjurkan serta menyumbangkan apa-apa bentuk sumbnagan untuk pengajuran pertandingan ratu cantik ini.

Menurut lampiran ini, fatwa ini telah diwartakan pada 8 Februari tahun 1996 di bawah Akta Pentadbiran Undang-undang Islam (Wilayah-wilayah Persekutuan) 1993 Seksyen 32(1).

Diharapkan semoga penjelasan ini menjadi ilmu baru untuk kita semua terutamanya bagi kaum wanita agar tidak terlibat dalam sebarang pertandingan ratu cantik.

Sumber: Pejabat Mufti Wilayah