Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Adham Baba dalam sidang media petang tadi memaklumkan sebanyak 125 kes baru COVID-19 dilaporkan setakat 12 tengah hari tadi.
Pertambahan lebih 100 kes tersebut menjadikan secara keseluruhan sebanyak 553 kes positif sudah dicatatkan di Malaysia.
Beliau turut memaklumkan Selangor merupakan negeri paling banyak kes dilaporkan, diikuti Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Sabah.
Berikut merupakan pecahan kes COVID-19 mengikut negeri.

Sumber: Kementerian Kesihatan Malaysia