Ini Merupakan Perbuatan Pengganas Yang Boleh Mengancam Nyawa – Mufti Perlis

Fildza Zainal

Semalam heboh diperkatakan tentang insiden Honda Accord yang digunakan oleh Mufti Perlis, Dr Mohd Asri Zainul Abidin terbakar. Menurut laporan Bernama, kereta rasmi Mufti Perlis itu rosak teruk dipercayai akibat perbuatan khianat yang dilakukan oleh individu tidak dikenali pada jam 5.45 pagi di kediamaannya.

Ketua Polis Perlis Datuk Mushar Noor Mohd juga berkata bahawa kereta hitam berkenaan mengalami kebakaran pada bahagian enjin serta tayar depan sebelah kiri selain cermin belakang dan depan dipecahkan.

Dr Maza turut memuat naik hantaran tentang insiden berkenaan di laman Facebooknya

Gambar : DrMAZA.com

Beliau mengucapkan terima kasih kepada pihak Bomba dan PDRM yang membantu menyiasat kes kebakaran tersebut. Malah Dr Maza turut menjelaskan bahawa beliau menyedari perkara itu (kebakaran kereta) pada waktu pagi ketika mahu menunaikan solat.

Beliau juga berkata bahawa kereta itu sebenarnya sentiasa berada di pejabat namun tidak pada hari kejadian (semalam).

Gambar : DrMAZA.com

Terbaru, sebuah entri di muat naik oleh Dr. Maza pagi tadi telah menerima pelbagai reaksi dari pengguna laman terbabit. Hal ini demikian kerana beliau telah membuat kesimpulan bahawa kejadian semalam adalah disebabkan perbuatan yang boleh mengancam nyawa.

Menurut hantaran itu,

Allah Maha Berkuasa. PadaNYA kembali segala urusan.

Sumber : DrMAZA.com