Ini Keadaan Terkini Bandar Hatyai Pasti Buat Rakyat Malaysia Rindu Selepas 10 Bulan Sempadan Ditutup By Sha Rossa 27 Januari 2021 5:18am Berita Pandemik Covid-19 yang melanda hampir seluruh negara di dunia, memberi kesan kepada rakyat susulan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) atau Perintah Berkurung yang dijalankan di kebanyakan negara bagi mengekang penularan wabak.Ini termasuklah negara jiran, Thailand yang turut melaksanakan dasar yang sama. Setakat semalam, sebayak 959 kes baharu dicatatkan di mana merupakan peningkatan mendadak sejak Disember tahun lalu berikutan penularan virus di pasar makanan laut.Menerusi perkongsian oleh seorang rakyat Malaysia yang berada di Thailand, Joey Tong di laman facebooknya, dia berkongsi beberapa gambar menunjukkan suasana di sekitar bandar Hatyai setelah lebih daripada 10 bulan penutupan sempadan.Hatyai yang dahulunya menjadi syurga makanan dan membeli-belah buat rakyat Malaysia, riuh dengan kedatangan pelancong kini sunyi sepi umpama padang jarak padang terkukur.Gambar: FB Joey Tong