Gambar: TikTok @hakim.yusoff

Ini Cara Nak Tukar Ribuan Nama ‘File’ Di Komputer Sekaligus, Siap Dalam 3 Saat Je

Eyla Azri

Dalam komputer kita selalunya ada beribu-ribu file yang tersimpan. Kadang-kadang tu sampai susah nak kenal pasti dan cari sesuatu file sebab terlampau banyak dengan nama dan susunan file yang berterabur.

Nak seragamkan nama file dalam komputer ni pulak boleh mengambil masa, ikut cara yang korang guna. Kalau korang pakai cara manual dengan taip satu-satu memang lambat nak siap. Tambahan pula kalau ada ribuan file. Memang jenuh la nak tukar.

Sebenarnya, ada fungsi yang membolehkan korang namakan banyak file serentak secara bersiri tau. Paling penting, cara ini sangat mudah dan cepat. Tak payah dah taip atau copy paste nama file korang satu-satu.

Video yang diunggah di akaun TikTok @hakim.yusoff ni menunjukkan cara mudah nak tukar nama file secara seragam. Hanya guna tiga langkah ni, nama file korang yang beribu-riban tu akan bertukar dan seragam dalam masa beberapa saat je.

Video ini mendapat 17.1 ribu tontonan di TikTok setakat ini.

Sumber: TikTok @hakim.yusoff