Gambar : Rapid KL via Facebook

“Ini Bukan Makanan Ye, Ini Najis Manusia”, Rapid KL Rayu Penumpang Tolong Jaga Kebersihan

Anis Annisa

“Ini Bukan Makanan Ye, Ini Najis Manusia”, Rapid KL Rayu Penumpang Tolong Jaga Kebersihan

Pengangkutan awam merupakan satu alternatif bagi memudahkan penumpang untuk bergerak dari satu destinasi ke destinasi yang lain.

Keadaan pengangkutan awam yang bersih dan terjaga menyebabkan lebih ramai penumpang yang ingin menggunakan perkhidmatan tersebut.

Rapid KL menerusi hantaran di laman Facebooknya telah berkongsi satu pesanan dan gambar yang meminta para penumpang untuk sama-sama menjaga kebersihan di dalam pengangkutan awam.

“Para penumpang yang dihormati, kami ingin memohon kerjasama agar menjaga kebersihan diri serta kawasan sekeliling ketika di dalam bas mahupun tren, demi keselesaan bersama. Kerjasama serta perhatian semua adalah amat kami hargai.”

Gambar : Rapid KL via Facebook

Bersama hantaran tersebut, pihak Rapid KL juga menunjukkan gambar kekotoran yang dilakukan oleh penumpang yang menaiki perkhidmatan tersebut.

Di ruangan komen, Rapid KL menjelaskan kotoran tersebut bukannya kotoran makanan, sebaliknya adalah najis manusia. Lebih menyedihkan, insiden berkenaan sudah dua kali berlaku.

Menerusi gambar yang dikongsikan, terdapat pelbagai reaksi dan komen yang diberikan oleh pengguna Facebook.

Rata-rata turut meluahkan rasa marah dengan sikap individu yang melakukan perbuatan jijik tersebut.

Diharapkan semua penumpang pengangkutan awam tanpa mengira jenis pengangkutan agar dapat sama-sama menjaga dan meningkatkan kebersihan demi keselesaan semua pihak.

BACA: Mayat Mangsa Lemas Di Pantai Tanjung Balau, Kota Tinggi Ditemui

Sumber : Rapid KL