Sejak isu sebuah aplikasi tular di media sosial berikutan dengan satu dakwaan baru-baru ini, ramai pengguna hari ini mencari altenatif aplikasi lain.
Salah satunya adalah aplikasi Iman. Apa yang menarik perhatian ramai, harga belian aplikasi ini serendah RM 12.90 sahaja. Tambahan lagi, aplikasi ini dicipta sendiri oleh anak tempatan.
Menerusi perkongsian daripada Faisal Rahim di laman Facebooknya, aplikasi ini sangat berbaloi kerana aplikasi ini ada yang percuma tanpa sebarang iklan.
Developer anak tempatan kita yang hensem, talented dan masih bujang Adiman Muhammad. Aplikasi ni ada Free version (tanpa iklan) dan Pro (RM29.90) untuk one time purchase.
Beza full version Iman Pro vs Free.
Boleh letak widget pelbagai saiz.
Tukar colour ikut taste kita.
Boleh guna kat Apple Watch.
Ada full 30 jenis azan.
Background auto location update.
Lokasi tempat makan halal seluruh dunia





Tapi disebabkan permintaan students yang kurang mampu, developer dah kurangkan harga ke RM12.90 untuk limited time sekarang. Ini adalah one-time investment dan boleh guna sampai bila-bila.
Aplikasi ini sangat terbaik bahkan ia dibangunkan oleh rakyat tempatan sendiri. Ianya sangat selamat. Lebih menarik lagi, ia memiliki pelbagai fungsi termasuk waktu solat, arah kiblat, mathurat dan lain-lain lagi.
Sumber: Faisal Rahim