
Ini 7 Kesilapan Pemandu Selepas Kemalangan Jalan Raya Yang Ramai Tak Sedar
Tiada seorang pun di jalan raya yang bangun pagi dengan niat mahu terlibat dalam kemalangan. Namun, hakikatnya kemalangan boleh berlaku di mana-mana.
Sama ada di lebuh raya sibuk yang penuh kenderaan berat, di jalan kampung yang sempit atau di persimpangan lampu isyarat hanya kerana sedetik kecuaian. Lebih malang lgi, detik-detik selepas kemalangan seringkali lebih mencemaskan daripada insiden itu sendiri.
Dalam keadaan jantung yang berdegup kencang dan fikiran yang bercelaru, ramai pemandu akan hilang fokus lalu bertindak melulu tanpa berfikir panjang.
Akhirnya pelbagai kesilapan kecil yang akan berlaku yang nampak remeh tetapi cukup untuk memburukkan keadaan, menjejaskan tuntutan insurans malah membuka ruang orang lain mengambil kesempatan atas situasi cemas kita.
Dalam artikel kali ini, kami akan kongsikan 7 kesilapan biasa yang ramai pemandu masih lakukan selepas terlibat dalam kemalangan jalan raya.
Ini bertujuan supaya anda lebih bersedia, lebih bijak dan tidak menyesal di kemudian hari.
Kesilapan pertama yang selalu berlaku sebaik sahaja berlakunya hentaman di jalan raya ialah rasa panik yang keterlaluan. Tidak hairan pun kerana naluri manusia bila terkejut ialah mahu segera lari dari masalah.
Ramai pemandu terus keluar dari kereta dengan muka pucat, suara yang bergetar lalu bertindak melulu. Sama ada cepat-cepat bertekak dengan pemandu lain atau terus memindahkan kereta ke tepi jalan tanpa sempat menilai keselamatan sekeliling.
Malah ada yang terkejut sampai lupa nak periksa sama ada penumpang di belakang atau anak kecil dalam kerusi keselamatan berada dalam keadaan baik.
Dalam situasi begini, langkah yang paling bijak ialah tarik nafas dalam-dalam, keluar dari kereta dengan berhati-hati, periksa diri sendiri dan orang tersayang dahulu sebelum membuat keputusan seterusnya.
Kesilapan Pemandu Selepas Kemalangan Jalan Raya Yang Ramai Tak Sedar
Ramai orang Malaysia masih menganggap kemalangan kecil boleh diselesaikan tepi jalan sahaja tanpa perlu libatkan polis.
Selalunya dengan alasan malas nak habiskan masa tunggu pegawai datang, malas nak kena buat laporan atau sekadar percaya cakap pemandu sebelah yang janji nak bayar tunai.
Tapi malangnya ramai yang akan menyesal kemudian hari bila kerosakan makin serius, janji tinggal janji dan tuntutan insurans jadi mustahil kerana tiada laporan rasmi.
Undang-undang Malaysia menetapkan apa sahaja kemalangan yang melibatkan kenderaan walaupun hanya calar di bumper perlu dilaporkan dalam masa 24 jam.
Kegagalan membuat laporan boleh menyebabkan syarikat insurans menolak tuntutan malah anda mungkin didenda jika terlibat dalam pertikaian kemudian.
3. Gagal mengumpul bukti di tempat kejadian
Selain itu juga ramai pemandu terlalu fokus pada kerosakan kereta hingga lupa satu langkah penting iaitu mengumpul bukti di lokasi kejadian.
Walaupun kereta sudah kemek atau lampu pecah, ramai yang hanya tengok sekali imbas kemudian terus setuju untuk ‘settle’.
Sedangkan bukti di tempat kejadian sangat penting sebagai penyelamat bila membuat laporan polis atau berurusan dengan syarikat insurans.
Anda perlu mengambil gambar kerosakan dari pelbagai sudut dan merakam situasi jalan di sekeliling. Perhatikan juga sama ada terdapat kesan tayar brek di jalan atau sebarang tanda penting lain serta ambil gambar papan tanda jalan berdekatan.
Selain itu, simpan butiran kenderaan lawan seperti nombor plat, warna, model kereta dan nama pemandu jika boleh. Semakin lengkap maklumat, semakin kuat posisi anda bila ada pihak cuba ubah cerita kemudian hari.
4. Terlalu cepat mengaku salah
Kesilapan seterusnya yang jarang orang sedar ialah terlalu cepat tunduk dan mengaku bersalah walaupun belum tahu punca sebenar.
Dalam keadaan panik ramai pemandu akan tertekan bila diserang dengan suara tinggi atau ugutan daripada pihak sebelah.
Akhirnya, mengaku salah dan sanggup untuk membayar. Padahal kadang-kadang punca kemalangan bukan sepenuhnya salah kita.
Ianya mungkin ada faktor jalan yang rosak, lampu isyarat tak berfungsi atau kereta lawan memotong secara tiba-tiba.
Sebab itu jangan terburu-buru membuat pengakuan atau menandatangani sebarang persetujuan di tempat kejadian.
Sebaiknya tunggu laporan polis dan biarkan siasatan dijalankan secara adil. Biarlah pihak berkuasa yang menentukan siapa betul siapa salah berdasarkan bukti.
BACA : Insentif RM300 Untuk i-Suri KWSP – Ini Syarat & Cara Mohon
Dalam kebanyakan kemalangan kecil, ramai pemandu lebih sibuk memikirkan berapa kos baiki kereta berbanding keadaan badan sendiri.
Sakit di bahu atau tengkuk disangka biasa. Sedangkan hakikatnya mungkin ada kecederaan dalaman yang tak nampak pada mata kasar.
Dalam beberapa kes, simptom seperti pening kepala, lebam, sakit sendi atau rasa kebas hanya timbul selepas beberapa jam atau hari.
Kecederaan ‘whiplash’ misalnya boleh memudaratkan jika tidak dirawat segera. Jadi, selepas urusan di tempat kejadian selesai, pastikan anda ke klinik atau hospital untuk pemeriksaan.
Simpan semua rekod perubatan kerana dokumen ini juga boleh membantu jika ada tuntutan insurans berkaitan kecederaan.
6. Tidak menghubungi syarikat insurans dengan segera
Di samping itu juga, ramai pemandu yang ambil mudah untuk terus hubungi syarikat insurans selepas kemalangan. Ada yang tangguh hingga tuntutan jadi rumit.
Sebenarnya kebanyakan polisi mewajibkan laporan dibuat dalam tempoh 24 jam atau secepat mungkin. Kalau lambat, tuntutan boleh ditolak.
Dengan memaklumkan awal, pihak insurans boleh memberikan panduan seperti bengkel panel mana yang sah, dokumen apa perlu disediakan dan langkah seterusnya. Langkah kecil ini boleh elak banyak kerugian di kemudian hari.
Ramai yang beranggapan kemalangan kecil tak perlukan peguam sedangkan kadang-kadang satu panggilan nasihat guaman boleh menyelamatkan ribuan ringgit.
Jika kemalangan melibatkan kecederaan serius, pertikaian siapa bersalah atau tuntutan insurans ditolak, anda berhak mendapatkan bantuan guaman.
Jangan biarkan ketakutan pada kos peguam jadi alasan. Hari ini ada banyak syarikat guaman yang menawarkan nasihat awal percuma atau bayaran selepas kes selesai. Lebih baik bertindak bijak dari awal daripada menanggung kerugian yang besar kemudian hari.
Sebagai kesimpulan, setiap pemandu pasti berharap perjalanan pergi dan balik sentiasa lancar tetapi kita tidak dapat menjangka apa yang menanti di jalan raya.
Bila kemalangan berlaku, tindakan pertama selepas kejadian selalunya menentukan sama ada kita mampu selamatkan wang, keselamatan, dan hak kita sendiri.
Elakkan panik dan pastikan semua langkah asas diikuti. Jangan lupa untuk kumpul bukti, jaga kesihatan dan tahu bila perlu dapatkan bantuan undang-undang.
Sumber : amassurance, aldlawfirm