Terdapat enam hospital di Lembah Klang melaporan penularan Covid-19 dalam kalangan petugas kesihatan, Hospital Tuanku Ampuan Rahimah (HTAR) antara yang tertinggi dengan 54 kes.
Menerusi laman Facebook Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mendedahkan nama enam hospital yang terlibat. Ini antara senarai nama hospital tersebut.
1. Hospital Tuanku Ampuan Rahimah (HTAR), Klang (54)
2. Hospital Serdang (29)
3. Hospital Sungai Buloh (15)
4. Hospital Kuala Lumpur (10)
5. Hospital Ampang (5)
6. Hospital Selayang (4)
Peningkatan mendadak kes jangkitan dalam kalangan petugas kesihatan berkait rapat peningkatan kes jangkitan dalam komuniti. Kes jangkitan di hospital-hospital terlibat adalah terkawal dan perkhidmatan kesihatan beroperasi seperti biasa.
** ( ) merupakan jumlah kes positif dalam kalangan petugas kesihatan.
Sumber: KKM