kitar semula minyak masak petronas
Gambar: Bernama

Ini 50 Senarai Stesen Minyak PETRONAS & 5 Bazar Ramadan Yang Terima Kitar Semula Minyak Masak Terpakai

Iqbal Yasir

Ini 50 Senarai Stesen Minyak PETRONAS & 5 Bazar Ramadan Yang Terima Kitar Semula Minyak Masak Terpakai

Baru-baru ini, Menteri Perladangan dan Komoditi (KPK), Datuk Seri Johari Abdul Ghani memaklumkan pihaknya telah melancarkan Program Pengumpulan Minyak Masak Terpakai pada tahun ini dengan kolaborasi bersama syarikat minyak, PETRONAS.

Dalam program yang dianjurkan itu, beliau memberitahu bahawa pengguna tidak perlu membuang minyak terpakai sebaliknya mengitar semula di PETRONAS dengan setiap 1 kilogram (kg) minyak masak akan diberikan wang RM3.

Katanya, inisiatif ini menyasarkan lebih 300,000 kilogram (kg) yang bertujuan untuk mempromosikan kitar semula minyak masak terpakai (UCO).

Jual minyak masak terpakai di 5 bazar Ramadan ini

Dalam pada itu, orang ramai juga boleh mengitar semula minyak masak terpakai di bazar Ramadan memandangkan Kementertian Perladangan dan Komoditi bersama PETRONAS telah meluaskan program tersebut di beberapa bazar Ramadan yang terpilih.

Difahamkan, sebanyak lima bazar Ramadan terpilih melaksanakan program tersebut, antaranya ialah bazar ramadan Desa Pandan, bazar ramadan USJ4, bazar ramadan Bandar Kinrara, bazar ramadan Puchong Prima dan bazar ramadan Puncak Jalil (PUJ3).

Pun begitu, Johari berkata minyak masak terpakai juga boleh dihantar ke stesen 50 stesen Petronas berhampiran untuk menjualnya.

Perkara itu turut dimaklumkan oleh PETRONAS di laman web rasmi syarikat tersebut.

BACA: Jangan Buang, Jual Semula Minyak Masak Terpakai RM3 Sekilo Di Petronas – Johari

Jadi, bagi mereka yang ingin mengitar semula minyak masak terpakai boleh pergi ke mana-mana stesen minyak PETRONAS yang melaksanakan inisiatif tersebut.

Berikut adalah 50 senarai stesen minyak PETRONAS yang terpilih di seluruh negara mengikut tarikh dan waktu;

24 Februari 2024 (9 pagi hingga 3 petang)

Kedah

Johor

Kelantan

Terengganu

25 Februari 2024 (9 pagi hingga 3 petang)

Kuala Lumpur, Selangor, Putrajaya

Perak

Melaka

Pulau Pinang

Pahang

Sarawak

Sabah

BACA JUGA: Rapper Terkenal Amerika Syarikat Lil Jon Peluk Islam

2 & 16 Mac 2024 (9 pagi hingga 3 petang)

Kedah

Johor

Kelantan

Terengganu

3 & 17 Mac 2024 (9 pagi hingga 3 petang)

Kuala Lumpur, Selangor, Putrajaya

Perak

Melaka

Negeri Sembilan

Pulau Pinang

Pahang

Sarawak

Sabah

BACA JUGA: “Datang ke Arsenal”, Mbappe Ketawa Lepas Peminat Minta Sertai Arsenal

9 & 23 Mac 2024 (9 pagi hingga 3 petang)

Kedah

Johor

Kelantan

Terengganu

10 & 24 Mac 2024 (9 pagi hingga 3 petang)

Kuala Lumpur, Selangor, Putrajaya

Perak

Melaka

Pulau Pinang

Pahang

Sarawak

Sabah

Sumber: PETRONAS